CASPER ialah singkatan kepada Contractor Application System Procedure of Engineering Records. Sistem ini dibangunkan semula dari rangka data Base SQL MS Access (2016) dan kini dinaiktaraf sebagai platform digital Online bersepadu untuk membantu proses pendaftaran, pengurusan, pemantauan dan penyediaan rekod kerja-kerja penyelenggaraan atau kejuruteraan secara lebih tersusun, cepat dan sistematik. Sistem CASPER merangkumi beberapa modul utama seperti pendaftaran pengguna, pemilik sistem, kakitangan, kontraktor, VOT, BQ Master, Taking Off, daftar aduan, lawatan tapak, memo lawatan, arahan kerja, permit kerja, NCR, laporan siap kerja, penilaian prestasi dan senarai semak dokumen. Setiap modul saling berkait supaya maklumat kerja boleh dijejak bermula daripada aduan atau arahan awal sehingga kepada penyediaan laporan dan dokumen sokongan. Melalui sistem ini, pengguna boleh merekodkan maklumat kerja, memilih kontraktor, menyemak peruntukan, menyediakan anggaran kerja, memuat naik gambar, menjana laporan dan menyimpan rekod secara digital. Sistem turut menyokong fungsi carian, senarai rekod, kemaskini data, kawalan akses pengguna, serta paparan mengikut peranan seperti admin dan user biasa. CASPER juga dibangunkan dengan konsep mesra pengguna, di mana paparan sistem disesuaikan untuk penggunaan Desktop dan Telefon Bimbit. Selain itu, sistem ini turut mempunyai fungsi jana dokumen dan PDF menggunakan template rasmi bergantung pengguna. Dokumen yang dijana boleh digunakan sebagai rujukan kerja, semakan pegawai, lampiran laporan, tuntutan, pemantauan kontraktor dan penyediaan fail kerja. Sistem juga direka supaya proses login lebih pantas, data dimuatkan selepas login, serta rekod pengguna dapat dikawal melalui session dan peranan akses. Secara keseluruhannya, CASPER bertujuan memudahkan pengurusan rekod kerja secara digital, mengurangkan kebergantungan kepada proses manual, mempercepatkan penyediaan dokumen, meningkatkan ketelusan rekod, dan membantu pengguna menyemak status kerja dengan lebih teratur dari awal hingga akhir proses.
Established in 2016-2026 by Tc.Muhamad Azmi Bin Yusuf